Menurut Mohd Fadzil 1992 dalam Mizan Adiliah pelbagai bahan dan maklumat berkaitan perkhidmatan boleh disebarkan secara langsung atau pun secara bersemuka oleh guru bimbingan atau guru kaunseling melalui ceramah, taklimat, perhimpunan rasmi mingguan, mesyuarat guru, semasa bertugas sebagai guru ganti, menjalin hubungan dengan ketua kelas, kelab bimbingan dan kerjaya, pasukan pembimbing rakan sebaya atau pun persatuan ibu bapa dan guru. Oleh itu, jelaslah segala maklumat yang diperlukan bagi membantu pihak-pihak yang memerlukan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling bermula daripada Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa. Pengurusan perkhidmatan akan lebih jelas dilihat dengan bermulanya sebaran maklumat daripada BILIK BIMBINGAN DAN KAUNSELING itu sendiri.
Gambar 1. Bilik Bimbingan dan Kaunseling
Gambar diambil dari luar pintu Bilik Bimbingan dan Kaunseling bagi memperlihatkan ruangan di dalam di mana disebalik pintu belakang menunjukkan Bilik Bimbingan dan Kaunseling Individu. Oleh itu, murid-murid dapat mengetahui di mana perkhidmatan bimbingan dan kaunseling individu dilaksanakan juga di sekolah. Teknik pengambaran yang digunakan ialah door frame shot.
Gambar 2. Visi Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
Gambar lebih memfokuskan visi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dengan menggunakan teknik pengambaran zoom in yang menunjukkan bahawa perkhidmtan bimbingan dan kaunseling ini memiliki matlamat yang difokuskan. Visi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling ialah menjadi peneraju utama dalam mewujudkan suasana yang teraputik dan kondusif di sekolah menjelang tahun 2015.
Gambar 3. Buku Rekod Lawatan Murid
Setiap tetamu yang berkunjung ke Bilik Bimbingan dan Kaunseling akan direkodkan kehadiran di dalam buku rekod lawatan murid yang disediakan di kaunter hadapan sebelum memasuki Bilik Bimbingan dan Kaunseling. Teknik pengambaran yang digunakan ialah artificial framing shot di mana kedudukan pen berada di hadapan buku rekod sedangkan objek yang ingin difokuskan ialah buku rekod.
Gambar 4. Fail-fail Bimbingan dan Kaunseling
Gambar fail-fail yang diambil merupakan fail-fail yang terdapat dalam bidang bimbingan dan kaunseling itu sendiri. Sebagai contoh fail bidang keibubapaan, akademik, pengurusan dan pentadbiran, kerjaya, diri pelajar, dadah, hiv dan aids, pembimbing rakan sebaya serta kaunseling individu dan kelompok. Teknik pengambaran yang diambil ialah eye level di mana gambar yang di ambil sejajar mengikut pandangan mata seseorang dengan apa yang dilihat.
Gambar 5. Borang-borang Bimbingan dan Kaunseling
Segala perkhidmtan yang diberikan di dalam Bilik Bimbingan dan Kaunseling akan direkod dan disimpan oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling terutama bagi perkhidmtan bimbingan dan kaunseling individu yang melibatkian etika kerahsiaan dalam kaunseling itu sendiri. Oleh itu, teknik pengambaraan yang diambil ialah close up kerana gambar diambil dengan jarak yang dekat.
Gambar 6. Papan kenyataan Bimbingan dan Kaunseling
Tetamu yang datang ke Bilik Bimbingan dan Kaunseling boleh mengetahui info-info yang berkaitan dengan bimbingan dan kaunseling melalui papan kenyataan yang disediakan. Oleh itu, peranan Guru Bimbingan dan Kaunseling untuk menambah info-info terbaru amat penting bagi memudahkan penyebaran maklumat yang ingin disampaikan. Teknik pengambaran yang digunakan ialah framing in di mana kedudukan info-info berada betul-betul di dalam papan kenyataan.
Gambar 7. Bilik Bimbingan dan Kaunseling Individu
Teknik pengambaraan yang diambil ialah long shot di mana gambar diambil jauh secara keseluruhan sehingga melibatkan latar belakang objek. Perkhidmatan Bilik Bimbingan dan Kaunseling juga menawarkan bimbingan dan kaunseling individu bagi murid yang ingin berjumpa secara perseorangan. Oleh itu, keadaan bilik yang selesa dan tidak berselerak diperlukan bagi meudahkan sesi yang dijalankan.
Gambar 8. Bilik Bimbingan dan Kaunseling Kelompok
Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling bukan sahaja pada bimbingan dan kaunseling individu, ianya juga melibatkan bimbingan dan kaunseling kelompok yang melibatkan kumpulan kecil dalam kalangan murid-murid yang memerlukan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kelompok. Bilik Bimbingan dan Kaunseling Kelompok ini memerlukan ruang yang besar. Oleh itu, teknik pengambaraan yang digunakan ialah bird eye view di mana gambar diambil di atas ketinggian objek dan menampakkan objek lebih kecil pada permukaan yang luas.
Gambar 9. Ruangan khas
Namun yang demikian, Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa tidak perlu khuatir untuk meletakkan segala risalah dan brosur yang berserakan kerana terdapat ruangan khas seperti meja dan almari bagi menempatkan segala maklumat tambahan berdasarkan penyebaran maklumat yang ingin disampaikan. Teknik pengambaraan yang digunakan ialah backlight shot di mana objek diambil dengan pencahayaan dari sudut belakang.
Gambar 10. Etika Bimbingan dan Kaunseling
Segala perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang diberikan tidak kira dari penyebaran maklumat sehinggalah jenis-jenis kaunseling yang disampaikan perlulah termaktub dalam etika kerahsiaan yang menjadi pegangan bagi Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa. Kod Etika yang menekankan peraturan mengenai perlakuan Guru Bimbingan dan Kaunseling itu sendiri perlu diambil berat oleh guru-guru kaunseling pada masa kini. Oleh itu, teknik pengambaraan yang diambil ialah extreme close up di mana penekanan pada etika bimbingan dan kaunseling amat penting.
Tuntasnya, pengurusan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling bukan sahaja dari bimbingan dan kaunseling individu atau pun kelompok semata-mata. Namun, ianya melibatkan penyebaran maklumat dan rekod-rekod penyimpanan segala maklumat yang berkaitan. Segala perkara ini diperlukan bagi membantu perkembangan sahsiah diri murid selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara iaitu melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial murid-murid. Marilah, kita sebagai guru tekad dan menanam jiwa yang kental bagi membantu anak didik peneraju nusa dan bangsa.
Sekian. Terima kasih.
Wasalam.
simple tapi mempunyai pengisian y mantap! syabas!👍
ReplyDeletesimple tapi mempunyai pengisian y mantap! syabas!👍
ReplyDelete